SEPTEMBER 2022

Bajet Negara 2023: Sarawak Harap Dapat Peruntukan Besar


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana yang lebih besar kepada Sarawak dalam Bajet 

Negara 2023 yang dijangka dibentang pada 7 Oktober ini.

Katanya, peruntukan besar itu amat penting untuk tujuan pembangunan infrastruktur di negeri ini.

“Adalah menjadi harapan kita agar Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana besar untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur di negeri ini, khususnya kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pemasyhuran Sarawak Delta Geopark (SDGp) di Kampung Budaya Sarawak di sini.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) bakal bersidang pada 3 Oktober hingga 29 November depan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Taliff Salleh berkata, Sarawak berusaha mengekalkan pengiktirafan SDGp sebagai geopark kebangsaan.

Justeru, katanya, Sarawak berharap Kerajaan Persekutuan menyalurkan dana untuk merealisasikan hasrat itu.

Sumber dari : Jiwa Bakti